Saturday, 12 August 2017

D' Suriana Apartment yang terkini

Assalamualaikum..Salam pagi salam ceria salam barokah..

Pagi ni cuma nak kongsikan gambar terkini untuk Suriana Apartment di Tanah Rata..


Saiz keluasan agak luas dan lebih selesa, persekitaran yang agak lebih sejuk mungkin disebabkan oleh berdekatan bukit dan jenis lantai mozek. Bilik Air, ada 2 unit, jadi tak risau kalau ada yang dalam kecemasan serta Pemanas Air di setiap bilik air. Disediakan juga dengan kelengkapan Kipas Siling, Seterika & Papannya yang memberi kemudahan untuk menseterika baju atau tudung sebelum keluar berjalan. Dapur? hah tak yah cerita lah..sebab byk sgt benda nak disenaraikan disini, yang penting benda asas yang selalu guest tanya adalah Periuk Nasi, Peti Ais, Dapur, periuk, kuali serta disediakan juga Blender ( Mesin Pengisar ), mana tahu ada yg nak masak Nasi Lemak ke.. kan..

Cuma untuk masa ini Mesin basuh belum disediakan. Insyallah akan diusaha kan..itupun jika ada kesesuaian dengan harga sewa.. boleh ke nak naikkan harga sewa jika ada kelengkapan istimewa seperti Mesin Basuh atau pun Microwave? Hummm nanti kata mahal pulak..tak pa takpa.. harga belum lagi diputuskan.. Insyallah jika ada sokogan yang berterusan mungkin akan dikekalkan harganya dan ada tambahan kelengkapan istimewa. Janji nak datang Cameron hubungi kami untuk menginap di Azai Homestay ye....

Kelebihan di Azai Homestay Suriana ni.. Yang penting Ada LIF.. ada Keselamatan, Pengawal..Hinggakan nak masuk lobi di ground floor pun kena guna Kad Akses tu.. 


 Ni lah secara ringkas kelengakapan dan info di Suriana Apartment, Azai Homestay, Cameron Highland.

Untuk makluman lanjut kekosongan dan tempahan boleh hubungi kami di

013.3995343 / 019.5492320
www.wasap.my/+60133995343

Azai Homestay Cameron Highland