Monday, 16 January 2017

Perkembangan Bandar Tanah Rata 2017

Salam Sejahtera Salam Ceria,

Tahu tak di mana tempat ni? Berkabus, ada parking lot & ada apartment..



Hmm.. bagi yg pernah dah tentulah di Cameron Highland. Lokasinya adalah di Apartment Royal Lily, Tanah Rata yee..

Tanah Rata pada tahun 2017 ini bakal merubah kepada bandar bercahaya dengan pembangunan modenisasi serta lebih maju, indah lagi bersih.


Nampak tak? Ada bangunan tinggi tu... itulah Cameron Fair. Nanti ada tempat shopping di tengah Bandar Tanah Rata tau.. Disitu juga ada Apartment dan Hotel.



Dari sudut pandangan yg lain pula. Sebelah kiri dari bukit tu, tengah ada construction. Dengar kata akan ada Hotel 5 star di sebelah bukit Majlis Daerah Cameron Highland pula.. Bertambah meriah lah lepas ni Tanah Rata.

Satu lagi cerita, Pasar Malam Brinchang atau dikenali Pasar Malam Cameron yang terbesar tu di Brinchang tu..yang selalu sesak tu.. Bakal dipindahkan ke kawasan Tanah Rata juga. Agak berdekatan, dikatakan bakal berada di Jalan Tengkolok, arah ke Kg Sungai Ruil. Di mana tempat tu tengah ada construction perumahan dan kedai dinamakan Golden Hills..Insyallah akan saya update selepas ini..Pihak Majlis ada perancangan untuk mengelakkan dari mengadakan Pasar Malam di Jalan Utama Cameron Highlan. Maknanya akan lebih lancarlah perjalanan kita selepas ini ya.

Setakat ini dahulu coretan saya kali ini. Jika memerlukan tempat menginap di Cameron Highland terutama sekali di kawasan Tanah Rata jangan lupa hubungi saya di:

Azai Homestay
Zainol - 0133995343
Cikgu Azlina - 0195492320

Wassalam wbth..