Saturday, 5 November 2016

Kenapa Homestay, tidak Hotel?


Ok baik. Beri saya jelaskan sedikit apa itu Homestay. 


Sebenarnya “Homestay” ini adalah perkataan yang dikeluarkan dari “Home” iaitu Rumah dan “Stay” lebih merujuk kepada Tempat Penginapan. Secara ringkasnya, boleh dikatakan Homestay ini adalah satu tempat yang disediakan yang merupakan sebuah rumah ( Tak kisahlah rumah banglo ke, rumah kampong ke, rumah apartment/flat ke asalkan ianya adalah rumah dengan siap kelengkapan seperti rumah sendiri ) untuk diduduki atau menginap dalam tempoh sesuatu masa. 

Tapi jika Hotel pula lebih merujuk kepada Sewaan Bilik dan jika ada lebih sikit ianya adalah Hotel Apartment, yang lebih merujuk kepada sebuah unit atau rumah juga.

Homestay memang menjadi pilihan yang ramai sebab:
1
     1.Trend masa kini
Menjadi Trend masa kini disebabkan ingin melancong dan bercuti bersama keluarga. Jadi, jika musim cuti sekolah, ramai yang akan merancang untuk bercuti bersama. Lebih seronok dan enjoy katanya. Dan hampir seluruh rakyat Malaysia akan cuba mengambil peluang bercuti, berehat, riadah untuk bersama-sama keluarga. Tidak lupa juga yang sukakan kepada percutian berkumpulan, yang dirancang bersama-sama kawan-kawan, kelab, persatuan atau rakan sekerja.

2.Kos sewa yang lebih murah
Kos? Memang tidak dinafikan lah jika dibandingkan dengan sebuah keluarga amat menjimatkan.

Sebagai contoh: Tuan Azhar mempunyai  5 orang sekeluarga. Si Ayah, Si Ibu, Abang Long, Abang Ngah & Kak Cik.

Jika menginap di Homestay. Tuan Azhar cuma perlu menempah hanya sebuah unit Homestay sahaja dengan kos dalam RM200-RM250 untuk semalam. Mungin 2 bilik atau 3 bilik. Siap boleh memasak lagi.

Tapi jika menginap di Hotel, Tuan Azhar perlu menempah sekurangnya 2 Bilik dengan bilik kedua memerlukan “Extra Bed” Katil atau Tilam Tambahan yang dikenakan caj tambahan. Anggaran Budget Hotel kadar terkini dalam RM120-RM150 untuk semalam. Bermakna; (RM120 x 2 ) + 50 = RM290 & itu masih belum ditambah dengan GST lagi. Dah cecah RM300++

Tapi jika setakat seorang atau berdua, saya lebih cadangkan menginap di Hotel sahaja. Namun jika lebih, agak sesuai menginap di Homestay.

3.Keselesaan & keluasan seumpama di rumah sendiri
Ok, Jika menginap di Homestay apa yang dapat? Dan tentu macam rumah sendiri kan? Boleh memasak, siap boleh makan di meja makan bersama keluarga, berehat di ruang tamu, siap boleh membasuh jika yang menyediakan Mesin Basuh. Juga lebih selesa sebab ruang rumah lebih luas jika dibandingkan bilik hotel yang hanya memuatkan Katil, hanger, meja kecil & TV.


4    4. Tiada kawalan dan bebas
Juga satu lagi, menjadi kebiasaan di Homestay tiada penjaga ( Guard ) ye… Jika perlukan sebarang bantuan, hubungi terus dengan Tuan rumah homestay ye.. Jadi, ia agak bebas dan tidak terkawal yang menjadi agak sedikit privasi. Tiada gangguan. Kecuali homestay yang kedudukan rumanya adalah berjenis berpagar & berkawal.

Jadi macam mana, dah buat pilihan? Mana satu bersesuaian untuk Anda? Jangan lama lama ye..sebab masa nak tempah nanti, dah penuh pulak, dah terpaksa tempah Hotel jugak ye..

Jadi, disarankan buat perancangan yang bijak, buat tempahan awal!

Jika nak ke Cameron Highland jangan lupa Call/SMS/Whatsapp saya di 0133995343 untuk semak kekosongan.

Save no saya ye 013.3995343

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~