Thursday, 6 October 2016

Kes Tayar Kereta Pancit & Hilang di Brinchang, Cameron Highland

Ada dapat info isu panas yang di "Viral"' kan pasal Kes Tayar Kereta di Brinchang pada cuti Awal Muharram baru-baru ni? Mesti dapatkan...

FIRST IMPRESSION!!! JANGAN TERUS PERCAYA!!!!

Maaflah, saya juga ada dapat, tapi tak sempat nak melaporkan dan nak kongsikan di dalam blog ini.

Pada mulanya memang agak terkejut juga. Setelah melihat gambar-gambar tersebut. Tapi setelah dalam 10 Minit diperhatikan, barulah terlihat satu sumber yang memberi jawapan kepada semua.


>>>> Klik untuk gambar-gambar lain.

Iaitu, adalah semua gambar kereta yang kehilangan 2-3 Tayar dan ada juga dipancitkan diletakkan di tempat yang salah. Yang mana telah menghalang kereta lain atau menggangu laluan kenderaan lalu-lalang ataupun telah salah letak parking teksi.

Ya betul..cuba perhatikan betul-betul.

# Tapi yang paling sedihnya, kita terlalu mudah untuk menyalahkan orang lain daripada mengkaji atau mendapatkan kesahihan sesuatu maklumat adalah tepat sebelum kita kongsikan dengan orang lain. Jangan terlalu suka membuat mulut nanti badan binasa. Lebih baik fikir dahulu sebelum bertindak.

#Inilah bahaya Fitnah bila menggunakan teknologi tinggi, mudah dan canggih tapi terlupa untuk menilai dari sentimen naluri, insan dan keharmonian masyarakat... Sebabnya, tak pasal-pasal Orang Asli jadi tuduhan, Tak pasal-pasal Taukeh Kedai Tayar dapat nama busuk, tak pasal-pasal Cameron Highland di caci maki.

&& Selepas itu, barulah keluar dari naskhak akhbar tempatan, online dan media sosial yang menguatkan jangkaan awal saya.


Pautan lain ( Boleh klik sahaja ):

http://www.sinarharian.com.my/semasa/tayar-20-kenderaan-halang-laluan-dibocorkan-1.484201
http://www.bharian.com.my/node/123402
 http://www.ammboi.com/2016/10/04/punca-sebenar-kes-tebuk-tayar-di-cameron-highlands-terjawab/
http://babab.net/out/kami-berang-punca-tayar-dibocorkan-di-cameron-highlands.html

Ingat!!! Fikir Dahulu Sebelum Post/Viral.
Janganlah serik pulak nak datang Cameron Highland yer..

Saranan saya:
1. Letaklah kenderaan anda ditempat yang sesuai dan kawasan cerah atau mudah dilihat.
2. Letak kenderaan bukan di kawasan "Reserved" atau yang telah ditanda Hak Milik Parkir Persendirian ataupun bukan tempat untuk Parkir.
3. Letak kenderaan yang tidak menganggu laluan ataupun menghalang kenderaan lain.

Jika tidak samada:
1. Kenderaan anda menjadi mangsa, atau
2. Dapat Saman Polis Traffik.

Fikir-fikirkan lah...

"Rumput tidak akan mudah tumbuh dilelahan yang ditanami sayur-sayuran
Hati tidak mudah timbul kebencian bila dipenuhi rasa persahabatan."

#Pilihlah lokasi penginapan yang strategik & selesa bagi kemudahan Anda, Keluarga & Pengangkutan Anda..

Jom Tempah di Azai Homestay, Tanah Rata, Cameron Highland.
Hubungi 013-3995343.