Monday, 17 October 2016

Jarak Tanah Rata ke Brinchang

Salam Hormat Salam Ceria di pagi hari..

Baik, hari ini, saya ingin berkongsikan sedikit berkenaan jarak perjalanan antara Tanah Rata dan Brinchang.


Oleh kerana, agak ramai juga yang selalu menanyakan berkenaan...
- Jauh ke nak ke Pasar Malam yang besar di Cameron tu?
- Jauh tak nak ke Pasar Malam?
- Tanah Rata ke Brinchang tu jauh tak? Berapa minit nak pergi ke sana ye..

Ok ok.. Untuk pengetahuan, sebenarnya di Tanah Rata juga ada Pasar Malam yee. tetapi tak lah sebesar yang di Brinchang tu. Pasar Malam Tanah Rata cuma ada seminggu sekali sahaja iaitu setiap hari Sabtu. Tetapi kalau Pasar Malam Brinchang boleh dikatakan hampir setiap hari ada, tambahan pula musim cuti sekolah atau cuti umum memang akan ada. Kawasan perniagaan pasar malam juga agak luas, bak orang  kata macam-macam ada. Harga yang agak berpatutan dan mudah untuk dibeli.

Berkenaan topik kita hari ini pula adalah Jarak dari Tanah  Rata ke Brinchang. Pada kebiasaannya, dalam 10 Minit perjalanan dengan kereta. ( Itupun dalam keadaan trafik lancar lah yer). Kalau luar kebiasaan, terutama sekali di musim  cuti sekolah, cuti umum atau hujung minggu agak sesak apabila hampir tiba di kawasan Brinchang. Boleh memakan masa hampir 20-30 minit nak sampai ke tempat meletak kereta berdekatan Pasar Malam Brinchang. Apa-apa pun saya nak nasihatkan jangan tunggu malam baru nak pergi ke Pasar Malam Brinchang tu yer.. Sebab terlalu ramai dan agak susah nak parking disitu. Saya mencadangakan datang lebih awal selepas Asar adalah ruang masa yang agak sesuai.


 Jika kita lihat pada gambarajah yang diambil dari google maps pun tak ade lah jauh sangat. Jarak antara Royal Lily Apartment ( Azai Homestay ) ke Brinchang ( Tapak Pasar Malam Brinchang ) tu tak ada lah jauh sangat yer.. dalam 5.6KM jika ikut jalan utama. Kalau anda sudah biasa dengan jalan cameron highland boleh juga ikut laluan Kg Taman Sedia yang mana boleh tembus terus ke Brinchang dalam jarak 4.7KM sahaja.

TANAH RATA -> BRINCHANG ( +- 5KM )
TRAFIK BIASA Mungkin dalam 10 Minit Anggaran
TRAFIK SESAK Mungkin dalam 20-30 Minit Anggaran

Tapi biasalah, Jalan di Cameron Highland mana ada jalan lurus ye.. Cuma teruk belok-belok atau tak sahaja. Memandu dalam kelajuan biasa sahaja atau santai boleh menenangkan para penumpang lain ye.. Insyallah.

Ok setakat itu sahaja dahulu perkongsian saya pada kali ini.

Selamat beristirehat, bekerja & selamat memandu..

Jika nak cari tempat penginapan di Cameron Highland, Jangan lupa hubungi saya ye..

Terima kasih

AzaiHomestay
-013.3995343-