Thursday, 22 September 2016

Latar Belakang Cameron Highland (1885)




Salam Sejahtera & Segar Ceria di pagi ini. Rasa lama juga tak update..

Baiklah hari ini saya nak kongsikan sedikit info berkenaan Cameron Highland. Ye lah, ada yang pernah datang ke Cameron Highland, ada yang bakal datang, ada yang dalam perancangan akan datang dan datang semula, tapi ada yang tak tahu berkenaan latar belakang Cameron Highland ni.


Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron yang menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

Kini, Cameron Highland telah menjadi tempat tumpuan pelancong dalam dan luar negara serta pusat pertanian yang subur kerana suhu dan cuacanya yang amat sesuai.

Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highlands juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberi. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang yang juga turut menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.

Sekiranya anda berkunjung ke Cameron Highlands, Malaysia jangan lepaskan peluang untuk membeli hasil-hasil tanaman ladang kerana harganya bukan sahaja berpatutan bahkan masih segar kerana baru sahaja dipetik secara langsung dari ladang.

Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan peluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

Wah banyak pulak nak cerita kat sini.. Ok nak memudahkan cerita, Anda juga boleh rujuk di pautan dibawah yang banyak menceritakan latar belakang Cameron Highland, Malaysia:





Nak kongsikan sedikit gambar-gambar lama untuk tatapan anda..


Tanah Rata

Tanah Rata
Brinchang

Setakat ini sahaja dahulu..

Adios Amigos,,

Wassalam wbth..

Azai Homestay, Tanah Rata, Cameron Highland
0133995343 - Zainol
0195492320 - Azlina