Wednesday, 8 June 2016

Ramadhan di Cameron Highland...

Salam Ramadhan Al-Mubarak 1437H,


Betapa seronoknyaaa..berpuasa di Cameron Highland ni..Minggu pertama di Cameron Highland ni suhu agak sejuk sebab sebelah petang & malam ni kerap hujan. Suhu pun pada siang hari paling tinggi 24°C sahaja..sebelah petang hingga malam boleh cecah serendah 17°C.. 

Cabarannya adalah keluar ke Bazar Ramadhan, menunaikan Ibadah Terawih di Masjid, Bangun untuk bersahur pada jam 4.30pagi - 5.00pagi memang sejuk..

Ok disini ada sedikit gambar yang telah diedit sedikit untuk tatapan Anda di persekitaran Bazar Ramadhan 1st Day & 2nd Day di Tanah Rata dan Brinchang.


Suasana yang meriah, menceriakan kembali kawasan Cameron Highland kerana kebanyakkan kedai kelihatan banyak juga yang tutup. Namun masih ada beberapa kedai yang buka untuk menampung permintaan di persekitaran Cameron Highland. Pasar Malam Brinchang masih dibuka sebab masih cuti sekolah kan?


Baik. Untuk perkembangan terkini, Telah ada tempahan yang dibuat untuk Julai 2016 ni.. Jadi jangan ketinggalan jika ada berminat untuk menempah di Azai Homestay, Cameron Highland. Sebarang pertanyaan dibuka bila-bila masa..Insyallah akan dijawab seberapa cepat yang boleh.

Bagi yang bercadang untuk mengunjungi Azai Homestay di Cameron Highland di hujung minggu atau sepanjang Bulan Ramadhan ini, ada SPECIAL RATE untuk ada.

Hubungi kami untuk dapatkan KADAR ISTIMEWA RAMADHAN,
Zainol : 013-3995343
Azlina : 0195492320

Wassalam & Selamat Menunaikan Ibadah Puasa di Bulan Barakah Ramadhan.