Wednesday, 1 June 2016

Isu banjir kilat di Cameron Highland, tiada kena mengena dengan kawasan pelancongan.

Isu Banjir Kilat di Cameron Highland pada 29.05.2016, dilaporkan pada jam 2.30 pagi.

Ramai juga yang menanyakan perkara ini.  Jadi, yang masih tidak mengetahui selok belok dan butiran terperinci, janganlah membuat spekulasi atau viral ke media sosial dengan pelbagai andaian, jika sekiranya fakta yang disebarkan adalah belum tentu sahih.

Perkara ini berlaku hanya sepantas kilat di mana banjir kilat yang melanda hanya 1 jam itu dilaporkan telah memusnahkan beberapa kenderaan di sekitar perkampungan Orang Asli Pos Terisu, SgUlu Tenom, Tringkap. Di mana, tidak langsung memberi kesan kepada kawasan-kawasan lain di Cameron Highland.

Sila ikuti perkembangan akhbar online seperti dibawah, hingga pada tarikh 31.05.2016, pihak berkuasa tempatan telahpun menyatakan bahawa, Cameron Highland masih selamat untuk dikunjungi kerana kawasan kejadian bukanlah berlaku di kawasan pelancongan.