Sunday, 3 January 2016

TIPS Melancong ke Cameron Highland...

Assalamualaikum wbth..

Baiklah, kali ini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman saya dengan pemanggil yang pernah menanyakan untuk menginap di Cameron Highland.

Kebiasannya saya hanya kongsikan sahaja tips ini kepada sesiapa yg menanyakan saya sahaja. Tapi kali ini saya kongsikan di dalam catatan blog ini. Bagi memudahkan anda semua yang ingin ke Cameron Highland. Dan saya bukanlah pakar berkenaan tips ni cuma nak kongsikan sedikit dengan anda.

TIPS 1: TEMPAT MENGINAP
Jika diikutkan Bandar Utama di Cameron Highland yang menjadi tempat tumpuan pelancong adalah di Brinchang & Tanah Rata. Masing-masing ada potensi yang tersendiri. Cuma yang perbezaan ketara adalah:

i. Lokasi Pasar Malam Terbesar di Cameron Highland adalah di Brinchang, namun ianya sesak dengan kenderaan yang  lalu lalang serta kenderaan yang meletakkan kenderaan. Tempat-tempat untuk dikunjungi juga lebih banyak terdepat di Brinchang
ii. Suasana tenang & agak selesa di Tanah Rata kerana adanya hospital, pejabat kerajaan negeri & daerah disana. Juga terdapat padang golf serta bangunan asal disana. Masih ada tempat untuk dikunjungi di Tanah Rata seperti Mardi Agrotech, Cameron Bharat Tea, Kg Sedia.

Untuk pengetahuan anda jarak antara Brinchang ke Tanah Rata adalah 5KM sahaja yang mengambil masa lebih kurang 7 hingga 10 minit sahaja memandu dengan kereta.

TIPS 2: MASA
Untuk melancong sebenarnya tidak kisah di masa mana yang sesuai, Hari Biasa, Hujung Minggu, Hari Cuti Umum? Cuma bergantung pada Anda sahaja bila masa yang Anda rasa sesuai adan mempunyai kelapangan cuma perbezaannya adalah

i. Hari Biasa agak tenang, selesa, kurang sibuk & mudah untuk bergerak ke sana & ke sini. Setengah orang suka dengan keadaan ini. Tapi
ii. Ada juga orang yang suka dengan keaadaan yang ramai apabila tibanya musim cuti sekolah, cuti umum atau hujung minggu. Itu pun tak kisah, cuma perjalanan agak lama & perlukan kesabaran.

TIPS 3: BUDGET
Dari segi budget. memanglah hari-hari biasa agak murah perbelanjaannya kerana harga hotel, homestay, apartment akan merudum. Cuma keadaannya sunyi sedikit. Tapi yang nak budget macam tu lah. Bila tiba sahaja hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah, pengunjung tidak akan putus-putus datang yang akan memeriahkan lagi suasana. Di masa itu akan naiklah harga penginapan sama ada di Hotel atau Homestay. Jadi saya cadangkan untuk membuat cadangan lebih awal jika berhasrat untuk menginap di Cameron Highland pada waktu puncak ( Hujung Minggu, Cuti Umum, Cuti Sekolah )

TIPS 4: KAWASAN KOMERSIAL / BANK
Kawasan komersial & Bank dah tentulah dikawasan besar di Cameron Highland iaitu:
i. Brinchang ( Tempat tumpuan pelancongan )
ii. Tanah Rata ( Tempat tumpuan pelancongan )
iii. Ringlet

TIPS 5: PERANCANGAN
Buatlah perancangan terbaik sebelum datang ke Cameron Highland diantaranya dari segi harga penginapan yang berbeza walaupun banyak pilihan hotel & homestay, masa penginapan anda sama ada hari biasa, hujung minggu, cuti umum atau cuti sekolah juga mempunyai kadar harga penginapan yang berbeza, tentukan destinasi lawatan anda supaya anda sempat untuk lawati ke tempat yang diingini atau untuk merasai makanan-makanan yang anda sukai. Untuk mengelakkan tempat dilawati dan tempat penginapan sesak atau penuh buatlah perancangan terbaik ya..

Pesanan ini ditaja khas dari Azai Homestay..Insyallah jika ada Tips lagi Azai Homestay akan berkongsikan lagi kepada Anda. Semoga bermanfaat untuk anda semua,

Wassalam wbth.

Zainol Azman,
Azai Homestay