Wednesday, 30 December 2015

TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA !


Assalamualaikum wbth,

Terima kasih, terima kasih, terima kasih atas sokongan anda kepada Azai Homestay.



Boleh dikatakan 90% tempahan dipenuhi didalam kalendar Azai Homestay di Bulan Disember 2015.
Mulai 1 December 2015 - 2 January 2016. Terdapat 15 penginap di Azai Homestay pada bulan December 2015 ini. Tak perlulah saya sebutkan nama yer.. macam mana pun kami di Azai Homestay mengucapkan ribuan terima kasih kerana memberi sokongan anda terhadap kami. Insyallah semoga anda semua dapat memberikan sokongan berterusan kepada Azai Homestay & kami sedia memberikan perkhidmatan terbaik untuk anda.

Kami juga memohon maaf kepada yang tidak dapat untuk menginap di Homestay kami kerana tempahan yang telah penuh terutama sekali pada tarikh-tarikh panas seperti hujung minggu dan cuti umum. Sekali lagi kami memohon maaf. Namun jika ada yang masih mempunyai hasrat untuk menginap boleh hubungi kami semula untuk perancangan tahun 2016 nanti ya..Insyallah. Awal lebih baik..

Walaubagaimanapun, untuk sebarang pertanyaan atau cadangan dari Anda amatlah dialu-alukan, bagi meningkatkan kepuasan & kualiti perkhidmatan kami kepada Anda.

Jika ada sebarang komen, cadangan, atau pertanyaan bolehlah Komen dibawah atau boleh terus Call/SMS/Whatsapp kami di 0133995343 / 0195492320

Sekian & terima kasih

Wassalam wbth

Zainol Azman
Azai Homestay