Sunday, 6 December 2015

Bagaimana nak ke Cameron Highland ?

Salam hormat & selamat bercuti...

Masih lagi tak tahu nak ke Cameron Highland?

Tak mengapa, sebab sekali anda datang, rasanya nak datang lagi...betul tak? Haah tak nak! Jalan berpusing-pusing...Memang lah.. mana ada jalan naik ke bukit adalah jalan lurus macam Highway PLUS tuh...Kecuali naik Kereta Kabel & Keretapi ( Bukit Bendera ) saja, tapi tak ada di Cameron Highland tau. Memang kena guna jalan biasa juga untuk sampai ke Cameron Highland. Tak nak pening jangan bawa laju-laju tau..Biar Lambat Asal Selamat..kan..?

Ok Sebenarnya untuk sampai ke Daerah Cameron Highland ni ada 3 jalan iaitu:

1. Dari Jalan Simpang Pulai
2. Dari Jalan Tapah
3. Dari Jalan Gua Musang

Jalan Utama ke Cameron Highland

Tapi jalan FAVORITE @ Jalan yang paling disukai adalah dari Jalan Simpang Pulai sebab, jalan yang agak lebar & tidak terlalu curam. Jadi Jalan yang ini juga saya cadangkan kepada sesiapa yang ingin datang dan melawat ke Cameron Highland.

PANDUAN MEMANDU DARI JALAN SIMPANG PULAI:

1. Keluar dari Lebuh Raya PLUS ( Exit Simpang Pulai, Perak ) untuk ke Cameron Highland
2. Sampai ke Lampu Isyarat selepas TOL Simpang Pulai, Belok Kanan.
3. Sehingga 1-2km Anda akan jumpa lagi satu Lampur Isyarat untuk Belok ke Kanan.
4. Selepas Lampur Isyarat ini, Bermula lah perjalanan anda untuk ke Tanah Tinggi Cameron    
    Highland.
5. Dianggarkan, dalam 1 Jam, anda akan tiba di sempadan daerah Cameron Highland, Kawasan
    Kampung Raja.
6. Anggaran memandu ke Pekan Brinchang & Tanah Rata adalah didalam 20 - 30 minit.

TIPS MEMANDU:
1. Pemandangan sepanjang perjalanan adalah sangat cantik dengan landskap yang menghijau serta
    boleh melihat gunung-ganang dengan panorama yang indah lagi menyegarkan.
2. Tapi hati-hati jika ingin mengambil gambar & memberhentikan kenderaan anda ditepi jalan
3. Disebabkan jalan kurang bersimpang-siur dan agak lebar ramai pemandu yang memandu dengan
    laju.
4. AWAS!!! pada selekoh Tajam & kenderaan dari arah hadapan Anda.

Bagi yang sedang memandu untuk datang & sedang merancang untuk ke Cameron Highland, saya sarankan untuk membuat perancangan anda terlebih dahulu supaya perjalanan anda tidak tergesa-gesa. Memandulah dengan selamat & sampai ke destinasi dengan seronok..

Semoga perjalanan & percutian anda adalah bekalan memori yang terindah untuk pulang ke rumah anda nanti.

Assalamualaikum..wbth.


Azai Homestay
013-3995343 / 019-5492320