Saturday, 14 November 2015

Hati-hati memilih & membuat tempahan Homestay

Terkejut juga bila terbaca artikel mengenai Homestay Penipu! di FB rakan-rakan.

Jadi, ingin juga saya menasihatkan & mencadangakan untuk berwaspada apabila anda membuat tempahan Homestay terutama sekali di minit-minit terakhir. Tak kiralah dimanapun.

Pastikan maklumat, tempat, pengusaha, pengurus homestay yang dihubungi adalah betul dan wujud.
Jangan sewenang-wenangnya mempercayai terus info yang anda baca di internet. Sebaik-baiknya, telefon terlebih dahulu atau bertanya untuk kepastian sebelum anda menempah. Cuba semak juga lokasi & alamat yang diberikan di internet ( Google ) atau peta lokasi adalah benar-benar wujud.

Kerana "Nila setitik rosak susu sebelanga"..Inilah punca kepada permintaan & tahap kepercayaan penyewa homestay menurun.

Ambil lah iktibar, Harapan saya agar para pelanggan saya tidak menjadi mangsa seperti kes dibawah. Untuk pengetahuan, "Homestay Angsana" adalah TIDAK WUJUD di Cameron Highlands.




#Jangan jadikan percutian Anda episod malang.
#Pesanan dari yang Original Azai Homestay @ Cameron Highland

Hanya yang terbaik dari ladang...Azai Homestay